 |
| janji Allah itu adalah pasti! |
setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan mati itu adalah pasti.namun masih ramai yang tidak menyedari hakikat ini dan masih terleka dengan godaan hiasan dunia.buat kali kedua aku mendengar talqin bergema,aku termenung dan memikirkan apakah aku sudah betul-betul bersedia ataupun matiku nanti hanya sia-sia.kali pertama aku mendengar talqin adalah ketika aku mengiringi jenazah nenekku ke perkuburan, dan turut sama mengebumikan jenazah beliau. itu kejadian 4 tahun yang lampau,ketika mana fikiranku masih mentah dan belum boleh mentafsir makna bait-bait talqin itu. kali kedua aku mendengar talqin bergema adalah ketika aku menghantar jenazah arwah nenek angkatku (ibu angkat kepada ayahku) pada 20/11/2010.. ketika inilah aku memikirkan nasib aku sekarang,aku yakin benar aku masih belum betul-betul bersedia menghadap sang Pencipta yang memiliki setiap jasad dan roh..sudah dapt memikirkan perihal keadaanku nanti..
apatah lagi apabila aku mendengar kalimah ini:
terdiam seketika dan saat itulah meremangnya bulu roma aku..aku sedar masih banyak persiapan perlu aku lakukan sebelum aku mati.masih adakah hari esok untuk aku? mungkin aku akan pergi menghadap-Nya sebentar lagi,mungkin esok atau mungkin.....tiada siapa dapat meneka bila malaikatul maut datang menjemput kita dan mengambil apa yang kita pinjam dari Allah s.w.t..
aku hanya ada 1 harapan yang mekar dalam hatiku-hanya mahu mati dalam iman..supaya mudah bagiku menjawab segala pertanyaan munkar dan nakir..ya Allah,matikanlah aku dalam iman agar aku berada dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa kepadamu ya Allah..
Al-Fatihah untuk arwah nenek angkat saya.semoga rohnya dicucuri rahmat dan berkat Allah..aminnn~
p/s: maafkan kesilapanku....
 |
| bersedialah untuk menghadap-Nya |
Mati itu pasti...
ReplyDeleteya..cuma waktu yang berbeza~
ReplyDeleteYa Allah....bersediakah kita
ReplyDelete